Friday, 9 December 2011

Kitaran Hidup Nyamuk

Pertumbuhan merupakan satu proses sesuatu organisma berkembang dari bentukringkas kepada bentuk yang lebih kompleks. Pertumbuhan memberikan perubahan kuantiti sama ada fizikal atau abstrak kepada sesuatu organisma. Pertumbuhan berlaku pada tumbuhan dan haiwan mengikut corak pertumbuhan tertentu. Pelbagai lengkungan pertumbuhan yang berbeza boleh diperolehi daripada pertumbuhan tumbuhan dan haiwan. Pelbagai parameter untuk mengukur pertumbuhan seperti tinggi, berat, dan luas permukaan boleh digunakan untuk membina lengkungan pertumbuhan organisma.Berikutlah kitaran hidup nyamuk.
Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.
                                                                      Nyamuk

Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok.Telur yang  berbentuk rakit mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan.

Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva atau dipanggil jentik – jentik yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva makan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil sebagai pupa.

Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk yang dipanggil sifon. Ia terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak perlu makan.
                                                                                               Pupa

Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.
 
                     Kitaran Hidup Nyamuk